![]() |
Putera George |
Putera George merupakan putera sulung kepada pasangan Duke Of Cambridge, Putera William dan isteri, Duchess Of Cambridge, Kate Middleton.
![]() |
Duke of Cambridge, Putera William bersama isterinya Duchess of Cambridge, Kate Middleton dan dua anak mereka, Putera George dan Puteri Charlotte. |
Putera George juga merupakan pewaris ketiga kepada takhta pemerintahan diraja Britain selepas nendanya, Putera Charles dan ayahandanya sendiri, Putera William.
![]() |
Putera kecil ini kelihatan gembira pada hari pertamanya di nurseri tersebut. |
Tujuan penghantaran putera kecil ini adalah untuk memudahkan beliau membiasakan diri dengan keadaan sekeliling yang berbeza sebelum melangkah masuk ke pusat pendidikan seterusnya.
![]() |
Westacre Montessori School Nursery, Norfolk. |
Semoga Putera George akan dapat membiasakan diri dengan keadaan persekitaran yang baharu seperti kanak-kanak yang lain. -Kedahnews.com