Kumpulan istimewa, Caliph Buskers yang merupakan pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-30 menerusi naskhah ciptaan Edry Abd Halim, menceritakan pengalaman mereka hampir ditipu oleh penganjur pada satu persembahan hiburan.
Menurut kumpulan tersebut, penganjur berkenaan hanya menawarkan hanya RM 150 untuk satu jam persembahan, bayaran yang sama sekali tidak masuk akal dan tidak setimpal bagi mana-mana persembahan kumpulan hiburan tanahair.
"Kalau ikutkan ada yang cuba ambil kesempatan tapi kita bertegas dan tak mudah untuk menerimanya. Mereka menawarkan RM150 sejam.
"Untuk setiap persembahan kami akan meneliti terlebih dahulu adakah ia berbaloi atau pun tidak,” kata vokalisnya.
Perkembangan terkini kumpulan tersebut, mereka telah membuka sebuah studio sendiri untuk memudahkan mereka berlatih dan merekod lagu selepas ini.
“Kami sudah buka studio secara kecil-kecilan untuk membuat latihan persembahan dan merakam lagu sendiri. Tetapi studio ini bukanlah dibuka pada orang awam hanya untuk kami sahaja,” katanya.
Kemenangan semalam membolehkan Caliph Buskers membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta sebuah trofi menerusi lagu Hanya Namamu. –Kedahnews.com