Hiba Seorang Ibu Bila Anak Enggan Lagi Berada Dalam Pelukannya...


LUMRAHNYA, anak lelaki yang meningkat remaja biasanya tidak mahu lagi dipeluk dan dicium oleh ibu bapa kerana merasa malu apabila diperlakukan sedemikian, terutama di khalayak ramai atau di depan rakan-rakan mereka.

Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa boleh menerima perubahan itu dan sebagai contoh, seorang ibu dari Belanda yang bernama Marieke Voorsluijs

Gara-gara merasakan kehilangan dan sedih anaknya enggan lagi memeluk mahupun menciumnya, Marieke sanggup membuat sebuah patung sebesar saiz anaknya.

Menurut Marieke, patung itu dianggap sebagai pengganti kepada anaknya yang tidak mahu lagi dipeluk kerana berasa malu.


“Saya kini rasa kehilangan dia. Ya, meskipun setiap hari dia ada bersama saya. Dia tak mahu lagi dipeluk. Setelah remaja, dia lebih suka main dengan gadgetnya, bermain bersama teman-temannya, dengar iPodnya dan berbual di telefon dengan rakan-rakannya.

“Ini membuat hari-hari saya menjadi sepi. Dahulu bila-bila sahaja saya boleh memeluknya. Kini dia telah menjadi anak yang beranjak dewasa. Saya bangga, tapi saya juga merasa kehilangan,” katanya.


Tambah Mariake, dengan memeluk patung itu dia seolah-olah merasakan dapat memeluk anaknya walaupun tidak secara realitinya.

Gambar Marieke bersama patung itu telah tersebar meluas di internet sekali gus menarik perhatian ramai.  -Kedahnews.com