RC213V-S |
HONDA adalah merupakan sebuah jenama permotoran dan automotif yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia kerana standard kualiti dan prestasi jenteranya yang bereputasi tinggi di seluruh dunia.
Kereta buatan Honda menjadi pilihan kerana rekaannya yang kontemporari dan paling penting harganya boleh dikira mampu milik oleh orang awam.
Tapi mungkin TIDAK untuk "super"- motorsikal keluaran ini…
Ini adalah jentera super eksklusif Honda, RC213V-S.
Anda bayangkan ia sama seperti superbike lain di jalanan? Kalau ya, tanggapan itu salah kerana jentera ini merupakan superbike perlumbaan MotoGP sebenar, yang membezakannya cuma dipasang lampu hadapan, cermin sisi dan nombor plat.
Jika anda inginkannya, Honda Racing Corporation (HRC) menetapkan harga RC213V-S ini bergantung kepada kawasan pasarannya.
Pasaran Amerika bernilai USD$184,000, €188,000 bagi pasaran Eropah, di Australia sekitar AUD$244,000 dan di Jepun sendiri harganya ¥21,900,000.
Jangan risau, kami telah convert nilai matawang Ringgit Malaysia semasa seperti gambar di bawah.
RC213V-S telah dipertontonkan sebagai jentera prototaip pada EICMA 2014 dan pada 2015 Honda membuat pengumuman rasmi tentang pembuatan jentera hebat ini.
Sebuah senjata MotoGP yang asli dengan perubahan minima untuk kegunaan jalanan! Jentera ini menyerupai RC213V ditunggang Marc Marquez yang telah dua kali menjuarai kejohanan MotoGP dunia.
Ini bermakna, RC213V-S merupakan motosikal yang sangat hampir dengan jentera digunakan dalam MotoGP di mana ia mempunyai kelajuan yang dahsyat serta teknologi tinggi selain, hanya penunggang ‘daredevils’ sahaja sesuai untuk menunggangnya. –Kedahnews.com