Tan Sri Adenan Satem |
KUCHING - Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengulangi amaran kepada pemusanah alam sekitar dan biodiversiti di negeri ini menerusi aktiviti pembalakan haram.
"Kita akan kenakan hukuman berat ke atas mereka yang mahu menoda alam sekitar dan biodiversiti kita yang perlu dibiarkan tanpa diganggu demi generasi masa depan kita," katanya pada majlis makan malam bagi meraikan menteri kerajaan negeri dan exco yang bertanggungjawab dalam soal alam sekitar dari seluruh negara di Santubong Rabu malam.
Mereka berada di sini untuk bermesyuarat dengan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Adenan berkata rakyat negara ini perlu belajar untuk melihat sumber hutan cara pencinta alam lakukan iaitu sekadar berminat dengannya dan tanpa mahu mengeksploitasi nilai komersialnya.
"Pembalakan haram dan aktiviti penggunaan tanah yang tidak dikekang boleh memusnahkan alam sekitar.
"Apa yang berlaku di Cameron Highlands, Pahang perlu memberi pengajaran mencukupi buat kita semua. Penerokaan tanahnya menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh, banjir serius dan suhu tanah tinggi itu meningkat," kata Adenan.
Beliau berkata beliau gembira mendapati aktiviti pembalakan haram di negeri ini berkurangan dengan banyak sejak beliau memperkenalkan langkah pencegahan tegas dan penguatkuasaan lebih serius mengikut undang-undang sejak dua tahun lalu.
Beliau berkata kerajaan negeri tidak lagi mengeluarkan lesen baharu bagi ladang kelapa sawit untuk tujuan komersial tetapi sebaliknya mahu mewujudkan lebih banyak taman semula jadi.
Mengenai hutan semula jadi dan program pemuliharaan biodiversiti Borneo, Adenan berkata beliau juga tidak akan memperbaharui lesen kepada syarikat pembalakan berdekatan kawasan tersebut.
"Kami akan terus bekerjasama dengan Sabah, Brunei dan Kalimantan, Indonesia untuk memelihara keasliannya," katanya. - BERNAMA