Ibu Sokong Penuh Cita-Cita Anak Lelaki Jadi Pondan Sejak Kecil


Gusar, bimbang dan amat menakutkan – mungkin itu adalah antara perasaan yang dialami ramai ibu bapa di luar sana sekiranya tahu anak kecil mereka bercita-cita mahu jadi seorang pondan.

Namun situasi nyata berbeza kepada seorang kanak-kanak lelaki bernama Ethan, 8, dari North Port, Florida, Amerika Syarikat yang memasang impian mempelajari teknik mekap seperti drag queen.

Memetik sumber Metro UK, Ibunya, Season Wilwert, sangat menyokong sehingga sanggup menghantar anak lelakinya itu ke kelas mekap dan tatarias MAC di Florida yang dikendalikan seorang mekap artis, Joey Kilmeyer.


Wilwert berkata, “Sejak kecil dia akan bangun awal pagi untuk melihat saya menggunakan mekap dan selalu ingin tolong mengandam.”

Selain itu, Ethan pernah meminta ibunya menghantar ke kelas-kelas mekap supaya dia boleh menjadi hebat dan terkenal seperti idolanya, Jeffree Starr, yang merupakan jurusolek profesional.

Jeffree Starr yang menjadi pujaan Ethan sejak kecil.
Dalam pada itu Welwert berkata, dia tidak akan sesekali menyekat kemahuan anaknya malah bangga dengan anak lelakinya itu dan akan selalu menyokong apa sahaja cita-citanya. -Kedahnews.com