Pelakon Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammaar Zar akhirnya mengakui dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan menikahi ibu tunggal dikenali sebagai Atikah Haris, 4 Mac ini.
Atikah atau Atita merupakan seorang yang cukup dikenali di laman Instagram sebagai ibu muda cantik dan memiliki anak perempuan yang comel, Sofia atau Opie.
Menurut Nas-T, dia tidak pernah ambil kisah status Atita sebagai seorang ibu tunggal kerana menganggap itu adalah ketentuan jodoh dari Ilahi.
"Saya tahu status Atita sejak hari pertama berkenalan lagi. Bagi saya status bukanlah halangan dalam sesebuah hubungan.
"Lagipun perkara ini berkaitan dengan jodoh yang sudah ditetapkan Allah SWT. Tidak adil untuk menilai seseorang disebabkan status yang dimiliki,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Harian Metro.
Setakat ini, persiapan perkahwinan mereka sudah pun 70 peratus terlaksana, selepas rombongan Nas T masuk meminang wanita idamannya itu, Disember lalu. -Kedahnews.com