Inilah Akibat Bila "Melawak" Tak Kena Gaya...

Seorang wanita yang berniat untuk melawak telah memuat naik sekeping gambar bersama seorang kanak-kanak yang dipercayai penggemis.

Namun tindakannya itu membawa pada apabila dikutuk teruk dan dihentam netizen.

Dengan bongkaknya, tindakan wanita itu dianggap seperti menghina kanak-kanak pengemis tersebut.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah restoran yang terletak di Lahad Datu, Sabah.
Wanita terbabit memuat naik gambar bersama caption seperti menjatuhkan maruah penggemis tersebut.

Sepatutnya orang susah seperti kanak-kanak terbabit dihulurkan bantuan, bukan sebaliknya menjadikan mereka sebagai bahan lawak.

Tindakan wanita tersebut mengundang pelbagai riaksi pengguna laman sosial. Ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan wanita ini.

Namun ada juga yang mempertahankan tindakan wanita terbabit, kerana siapa yang tidak pernah datang ke Lahad Datu pasti tidak tahu situasi yang dialami wanita ini.

Menurutnya, jika mereka memberi wang kepada kanak-kanak pengemis ini, maka lagi ramai yang akan datang meminta dan jika mereka tidak diberi wang, mereka akan duduk di situ sehingga diberikan wang.

Walau bagaimana pun situasi di situ, tetapi salah wanita ini jugak kerana memuat naik gambar bersama caption sedemikian.

Jika terkena pada batang hidung adik beradik sendiri pasti akan merasa marah apabila diperlekehkan sebegini.

Akibatnya, teruk wanita tersebut "dibelasah" di laman sosial. - Tira Gomez/Kedahnews.com