Gambar Hiasan |
Kalau menang judi sebanyak RM30,000 dengan modal RM5,000, apakah semua wang itu jadi haram atau wang modal masih halal?
*Matori Azmi, Jerantut.
Jawapan UKE:
Lain macam soalan ini ya, tapi baguslah sebab dapat memberi maklumat kepada yang lain.
Jika RM5,000 itu adalah duit atau modal yang halal, maka halallah wang itu.
Hadiah kemenangan RM30,000 itu adalah haram digunakan melainkan diserahkan kepada baitulmal atau digunakan untuk perkara umum seperti membuat jalan, tandas awam, jambatan atau apa-apa sahaja untuk kegunaan awam.
Tapi jika hendak senang kerja, serah sahaja kepada baitulmal. Hukum berjudi adalah berdosa besar dan si pelaku wajib bertaubat nasuha.
Sumber: Datuk Ustaz Kazim Elias/Utusan