Rita Rudaini |
Sekira peminat industri tanahair mengikuti perkembangan Rita Rudaini sejak kebelakangan ini, mungkin ramai yang setuju bahawa aktres jelita itu dilihat sering memuat naik gambar dan kapsyen yang romantis seolah-olah memberi "hint" sedang hangat dilamun cinta, bukan?
Bagaimanapun, tuan empunya badan enggan memberi sebarang komen dan hanya mendakwa ianya hanyalah gimik semata-mata untuk pelancaran produk minyak wangi jenama terbarunya.
Namun begitu, memetik dari sebuah portal hiburan, rakan karib Rita yang juga merupakan seorang pelakon jelita, Izreen Azminda, mendedahkan bahawa ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu sudah menemui penganti.
Meskipun begitu, Izreen enggan bercerita lebih lanjut kerana dia berpandangan bahawa adalah lebih baik Rita sendiri yang mengumumkan berita gembira itu.
“Saya selalu usik Rita yang dipanggil Kak Long… iaitu kalau Kak Long tak kahwin lagi macam mana adik nak kahwin?
“Jadi, bila saya dengar khabar dia sudah temui seseorang, saya tumpang gembira. Dia temui seorang lelaki yang baik hati dan sebagai teman saya doakan kebahagiaannya. Namun biarlah Rita yang menjelaskan sendiri semuanya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Izreen yang sudah bergelar janda lebih daripada setahun memberitahu, dia masih belum bertemu dengan lelaki yang sesuai buat dirinya.
Menurutnya, lelaki yang mahu memperisterikannya perlulah menyayangi anak lelakinya Adrian Umar seperti anak sendiri. –Kedahnews.com
Bagaimanapun, tuan empunya badan enggan memberi sebarang komen dan hanya mendakwa ianya hanyalah gimik semata-mata untuk pelancaran produk minyak wangi jenama terbarunya.
Namun begitu, memetik dari sebuah portal hiburan, rakan karib Rita yang juga merupakan seorang pelakon jelita, Izreen Azminda, mendedahkan bahawa ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu sudah menemui penganti.
Meskipun begitu, Izreen enggan bercerita lebih lanjut kerana dia berpandangan bahawa adalah lebih baik Rita sendiri yang mengumumkan berita gembira itu.
Izreen Azminda |