Jangan Parking Sesuka Hati Jika Tak Mahu Senasib Volkswagen Beetle Ini

Kadang kala, kebanyakan dari kita suka meletakkan kenderaan sesuka-hati di mana saja kita suka tanpa memikirkan perasaan pengguna jalan raya lain.

Malah kerana sikap sebegitulah maka secara tidak langsung kita turut mengganggu kelancaran lalu lintas.

Perkara seperti ini bukan lagi asing di negara kita ekoran ia sering terjadi, khususnya di kawasa perumahan seperti pangsapuri, flat dan kondominium, selain di kawasan letak kereta awam.


Namun jika tidak mahu kenderaan kita menjadi senasib seperti Volkswagen Beetle ini, maka adalah lebih baik untuk kita sentiasa mengikut undang-undang dengan memarkir kenderaan di tempat sepatutnya.

Jika tidak, mungkin ada yang terpaksa menerima "habuan hiasan percuma", seperti itu, kan? -Kedahnews.com