JDT Kini Secara Rasmi Telah Jadi Milik Tunku Mahkota Johor (TMJ)


KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara rasmi menjadi pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim berkata, baginda sebelum ini merupakan Penaung Diraja PBNJ.

“Selaku Presiden PBNJ, saya ingin memaklumkan kepada para penyokong pasukan Harimau Selatan bahawa mulai musim 2016, Tunku Mahkota Johor secara rasminya menjadi pemilik kelab bola sepak JDT.

“Baginda yang sebelum ini adalah Penaung Diraja PBNJ akan meneruskan misi dan visi yang sama demi pembangunan bola sepak negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

PBNJ dalam pada itu memaklumkan seramai 150 calon yang telah disaring menyertai pemilihan Marshall Stadium Larkin untuk musim 2016 hari ini.

“Mereka yang lulus ujian dan temuduga akan memulakan tugas pertama mereka pada perlawanan Piala Sumbangsih nanti,” katanya. –Kedahnews.com