Kain Terlondeh Habis Punca Majlis Perkahwinan Jadi Riuh Rendah


Dalam mana-mana majlis perkahwinan, orang ramai pasti akan memberikan tumpuan kepada busana anggun yang dikenakan oleh pengantin perempuan.

Namun suasana agak berbeza di satu majlis perkahwinan di India apabila seorang pengantin lelaki menjadi tumpuan apabila isterinya terpijak kain sarung yang dipakainya ketika mereka sedang berarak mengelilingi api.

Insiden tersebut telah menyebabkan si suami terkejut dan pada masa sama tetamu yang hadir turut ketawa melihat aksi mereka.


Penganti lelaki kemudiannya turut sama ketawa dan cepat-cepat memakai semula kain tersebut, yang digelar veshti atau dhoti.

Ia merupakan kain tradisional yang dipakai oleh pengantin lelaki di India, Nepal dan Bangladesh.

Kain berkenaan kebiasaannya dibuat daripada sutera, sepanjang 4.5 meter dan dililit di bahagian pinggang. -Kedahnews.com