"Kalau Dapat Ramai Anak Pun Apa Salahnya? Saya Suka..." - Nabila Huda


Pelakon Nabila Huda tidak menolak sekiranya dikurniakan ramai anak setelah mendirikan rumahtangga sekali lagi baru-baru ini.

Jelasnya, sudah tentu dia sukakan anak yang ramai kerana ia akan menyebabkan mahligai yang dibinanya itu akan menjadi meriah dan percaya pada ketentuan rezeki terbaik dari Allah itu.

"Kalau dapat ramai anak pun, apa salahnya. Saya suka sebab nanti suasana dalam rumah akan jadi meriah.

"Apa yang datang, itulah yang terbaik daripada Allah. Semoga kami dikurniakan cahaya mata yang baik-baik,” jelasnya kepada sebuah portal tempatan.

Nabila turut menjelaskan bahawa dirinya sangat bahagia bersama suami tersayang dan mereka sedang merancang untuk menambah cahaya mata.

"Alhamdulillah, perkahwinan ini melengkapkan hidup saya kerana sekarang ada suami untuk sama-sama menjaga Keisha yang berusia lima tahun (hasil perkahwinan pertama)," katanya.


Selain itu, puteri kepada Amy Search itu juga memohon supaya para peminat supaya mendoakan yang terbaik buatnya.

"Doakan yang terbaik supaya saya dapat menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk keluarga kecil ini.

"Masih terlalu awal untuk berbicara soal zuriat, tetapi saya tidak kisah jika diberi dalam masa terdekat sebab ia adalah rezeki," katanya lagi. -Kedahnews.com