Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah |
ALOR SETAR – Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah mengakui pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin tidak langsung menyebut tentang nama yang dicadangkan menjadi Menteri Besar Kedah baharu.
Malah menurutnya, ia dijalankan dengan tenang dan seolah-olah seperti satu ‘keluarga’, tetapi kesemua mereka serius mahukan perubahan demi kebaikan UMNO Kedah.
“Kami rasa, sampai masanya perlu ada perubahan, pasal kita tak yakin hadapi pilihan raya, lagipun keputusan ini suara 14 ketua bahagian (UMNO) daripada 15 (Bahagian UMNO di Kedah),” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini semalam.
Berhubung khabar angin kononnya beliau akan diangkat menjadi Menteri Besar Kedah yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir, Ahmad Bashah berkata terpulang kepada keputusan Najib selaku presiden parti.
“Terpulang kepada presiden parti, itu hak beliau, siapa-siapa pun yang jadi Menteri Besar kami akan sokong. Kami yakin dengan kebijaksanaan beliau (Najib),” katanya.
Suasana politik di Kedah ‘panas’ sejak beberapa hari lepas apabila Mukhriz menerima tekanan daripada Adun dan Ahli Parlimen UMNO Kedah, serta pemimpin kanan UMNO negeri diketuai Ahmad Bashah, yang secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Umno Kedah.
Berikutan itu, Mukhriz menegaskan beliau akan kekal sebagai Menteri Besar selagi khidmatnya diperlukan oleh rakyat Kedah.
Krisis itu berterusan apabila Ahmad Bashah bersama sebahagian besar kepimpinan Umno Kedah mengadakan pertemuan dengan Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur kelmarin berhubung desakan mereka supaya Mukhriz berundur.- BERNAMA