Konsert Madonna Di Singapura Untuk Penonton 18 Tahun Ke Atas Sahaja

Madonna
Hanya peminat setia penyanyi Madonna yang berusia 18 tahun ke atas boleh menonton konsert Madonna Rebel Heart Tour yang bakal diadakan di Singapura pada 28 Februari ini.

Konsert itu diklasifikasikan R18 iaitu di bawah ‘Sexual References’ sebagaimana yang dipetik kenyataan dari penganjurnya, Medidacorp VizPro.

"Hanya individu berusia melebihi 18 tahun dibenarkan masuk ke stadium," kata penganjur menerusi laman Facebook mereka.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah kali pertama persembahan yang diadakan di Singapura diklasifikasikan R18.

 Sebaliknya konsert Adam Lambert pada 2013 juga pernah diletakkan di bawah kategori ‘Advisory 16 and Above’ (penonton berusia 16 tahun ke atas).

Konsert Madonna bakal berlangsung di Stadium Singapura yang boleh memuatkan 55,000 penonton. –Kedahnews.com