Lelaki Ceraikan Isteri Gemuk, Untuk Bersama Wanita Yang Lebih Gemuk


Seorang wanita berbadan gemuk dari Portsmouth, Hampshire, England dilapor telah ditinggalkan suaminya untuk hidup bersama seorang wanita yang badannya jauh lebih gemuk darinya.

Memetik dari Daily Mirror, Victoria Clarke, 38, seorang janda anak tujuh berkahwin dengan Chris Clarke, 50, seorang pemandu teksi pada Mei, 2014.

Mengenang detik pertemuan buat pertama kali, mereka dikatakan bertemu secara tidak sengaja apabila Victoria menaiki teksi milik Chris.

Dari situ, Chris memberanikan diri meminta akaun Facebook milik Victoria bagi membolehkan mereka berhubung dengan lebih kerap.

Victoria Clarke kecewa ditinggalkan suami yang baru 7 bulan mengahwininya.
Dek kerana asyik melayan perasaan cintanya, Victoria telah membenarkan Chris untuk berpindah ke rumahnya setelah enam bulan berkenalan.

Nyata anak-anak Victoria turut menyukai bakal bapa tiri mereka itu.

Gambar kenangan di hari perkahwinan Chris dan Victoria.
Namun setelah tujuh bulan berkahwin, Chris mula menunjukkan sikap pelik dan panas baran. Perubahan pada sikap Chris itu memaksa Victoria untuk menyiasat punca perubahan tingkah lakunya suaminya.

Selain itu, Chris juga sering meminta wang dari Victoria dan sedikit demi sedikit perubahan yang ditunjukkan Chris jadi semakin ketara.

Adakalanya, suaminya langsung tidak pulang ke rumah dan memberi alasan terlelap dalam kereta.

Setelah menyiasat, dia mendapat tahu suaminya sedang bercinta dengan seorang wanita bernama Jurgita Malinauskiate dari Lithuania yang memiliki rupa paras sepertinya.

Jurgita Malinauskiate yang memiliki badan tiga kali saiz Victoria.
Mengejutkan, saiz badan wanita yang menjalin skandal dengan suaminya itu layak dikatakan tiga kali lebih besar dari badannya.

Victoria cuba untuk mempertahankan rumah tangganya namun Chris seperti acuh tak acuh dengan apa yang dilakukan olehnya.

Chris kini tinggal bersama buah hati baharunya.
Mungkin sudah bosan dan tidak mahu menyakitkan diri sendiri, Victoria akhirnya nekad untuk bercerai bagi membolehkan suaminya hidup bahagia dengan Jurgita yang dianggap mampu menjaganya dengan lebih baik. –Kedahnews.com