Lim Kit Siang Suruh UMNO Buka Keahlian Kepada Bukan Melayu

Penasihat dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR – UMNO diminta membuka keahlian parti itu kepada bukan Melayu supaya negara ini tidak lagi ditadbir oleh Perdana Menteri yang terlalu mengutamakan kepentingan kaum Melayu.

Penasihat dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Malaysia kini memerlukan seorang Perdana Menteri yang turut mengutamakan kaum lain di negara ini.

“Sudah tiba masa untuk UMNO membuka keahlian kepada bukan Melayu.

“Bagaimana sebuah negara boleh mempunyai Perdana Menteri daripada parti politik yang menjuarai kaum Melayu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang dipercayai membuat permintaan secara terbuka itu kerana menyedari adalah mustahil untuk DAP dan tali barutnya dalam Pakatan Harapan menumbangkan kerajaan sedia ada.

UMNO merupakan singkatan kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang suatu masa dulu dikenali sebagai "Pekembar", namun lebih popular disebut dengan singkatan bahasa Inggerisnya, United Malays National Organisation.

Kit Siang seterusnya berkata, landskap politik di Malaysia sudah berubah yang menyaksikan kononnya politik berasaskan kepentingan kaum ditolak generasi muda negara.

Menurut pemimpin DAP itu lagi, hak semua kaum termasuk Cina dan India perlu diutamakan di Malaysia, bukan hak kaum Melayu sahaja, tanpa merujuk kepada gaya pentadbiran anaknya, Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang yang menerima rungutan ramai.

Dakwanya, UMNO akan menjadi sebuah parti "dinasour" pada pilihan raya umum ke-14 jika enggan membenarkan bukan Melayu menganggotai parti itu. – Kedahnews.com