Lionel Messi bersama trofi kemenangannya. Foto AFP |
BINTANG Barcelona, Lionel Messi dipilih bagi merangkul Anugerah Ballon d’Or FIFA 2015 buat kali kelima pada majlis yang berlangsung di Zurich awal pagi Selasa.
Kejayaan Messi merangkul gelaran pemain terbaik Eropah 2015 ini selepas mempamerkan aksi konsisten musim lalu dengan meledak 52 gol dalam 61 perlawanan bagi membantu Barcelona meraih trofi juara kali ke-23 Liga Sepanyol, Piala Sepanyol, Liga Juara-Juara, Piala Super Eropah dan juara Piala Kelab Dunia bulan lalu.
Messi berjaya mendapat undian tertinggi dengan 41.33 peratus sekaligus mengetepikan impian penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, yang menerima undian 27.76 peratus untuk meraih trofi ini buat kali ketiga berturut-turut dan kali keempat keseluruhan.
Manakala rakan gandingan Messi di Barcelona, Neymar yang turut tersenarai dalam pencalonan akhir di tempat ketiga dengan mencatat undian 7.86 peratus.
Keputusan pemenang Ballon d’Or ini berdasarkan pilihan yang dibuat oleh lebih 200 orang jurulatih dan kapten serta undian dari media antarabangsa.
“Ia merupakan saat berharga apabila kembali berada di pentas ini, sekali lagi menerima Ballon d’Or selepas beberapa kali melihat Cristiano Ronaldo menang,” jelas Messi selepas diumumkan sebagai pemenang oleh pemain Brazil, Kaka.
Messi menambah koleksi trofi Ballon d’Or sejak kali pertama pada tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012.
Sementara itu, Barcelona terus menambah rekod kelab apabila Luis Enrique menerima Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik Dunia 2015.
Manakala Jill Ellis terpilih sebagai Jurulatih Wanita Terbaik Dunia 2015 selepas membawa Amerika Syarikat bergelar juara Piala Dunia tahun lalu dengan menewaskan Jepun, 5-2.
Ellis tidak keseorangn menerima anugerah berprestij itu apabila pemain tengahnya, Carli Lloyd turut terpilih sebagai Pemain Wanita Terbaik Dunia 2015.
Turut mendapat perhatian pada majlis yang ditayangkan secara langsung di laman web FIFA TV adalah pemain Vila Nova, Wendell Lira yang mengetepikan Messi untuk menerima Anugerah Puska (Gol Terbaik) setelah mencatat undian sebanyak 1.6 juta.
Senarai penuh pemenang:
Ballon d’Or - Lionel Messi (Barcelona)
Pemain Wanita Terbaik Dunia - Carli Lloyd (AS)
Jurulatih Lelaki Terbaik Dunia - Luis Enrique (Barcelona)
Jurulatih Wanita Terbaik Dunia - Jill Ellis (AS)
Anugerah Puskas - Wendell Lira (Vila Nova)
Sumber: mStar