Malaysia Kutuk Sekeras-Kerasanya Serangan Pengganas Di Burkina Faso


PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan pengganas di Ougadougou, Burkina Faso dalam satu kejadian pada 15 Januari lalu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan media menegaskan bahawa serangan pengganas tersebut telah meragut sebanyak 28 nyawa dan mencederakan 56 yang lain.

“Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada kerajaan dan rakyat Republik Burkina Faso serta kepada keluarga mangsa dan mereka yang terlibat di dalam serangan tersebut.

“Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan komuniti antarabangsa dalam memerangi keganasan,” kata kenyataan itu hari ini.

Baru-baru ini, sekumpulan empat penyerang bersenjata yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Al-Qaeda bertindak menyerang sebuah hotel di Burkina Faso.

Kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada rakyat daripada 18 negara. -Kedahnews.com