KUALA LUMPUR - Beberapa pengunjung yang ditemui di Mara Digital Mall, Medan Mara di sini, berpuas hati dengan layanan dan servis baik yang diberikan peniaga terhadap mereka.
Salah seorang pengunjung, Ahmad Muhammad Sidek, 40, berkata dia sangat berpuas hati dengan tawaran harga serta layanan baik yang diterimanya.
Selain itu, dia turut tertarik dengan tawaran harga berpatutan yang ditawarkan peniaga jika dibandingkan dengan pusat kemudahan IT yang lain.
“Setakat ini saya tengok harga, standard harga pasaran dan kesemua peniaga di sini bumiputera jadi saya lagi semangat nak membeli,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.
Ahmad Muhammad Sidek |
Seorang lagi pengunjung Jamaliah Jaafar, 60, pula berkata, ini merupakan kali pertama kunjungannya ke Mara Digital sejak ia dibuka secara rasmi 8 Disember lalu.
“Hasil pemerhatian saya harga ditawarkan okay, terdapat juga model (telefon bimbit) yang baharu keluar dijual di sini.
“Kawasannya pun selesa tapi kalau tapi kalau dapat ditambah lagi bagus, supaya lebih banyak pilihan untuk pelanggan memilih,” katanya yang sebelum ini berkunjung ke Kompleks Pertama jika ingin mencari gajet atau peralatan elektronik.
Jamaliah Jaafar |
“Sambutan yang diterima sangat menggalakkan, ramai orang datang, lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Sesetengah mereka membeli belah di Sogo dan Jalan Tunku Abdul Rahman lalu ambil kesempatan singgah di sini.
“Mengikut pemerhatian saya, 80 peratus pengunjung terdiri daripada orang Melayu dan 20 peratus lagi kaum Cina dan India. Respons mereka mengatakan servis di sini sangat baik,” katanya yang sebelum ini berniaga di Plaza Low Yat.
Mohd Faizal Mohd Johari |
“Pelajar-pelajar universiti memang ramai yang datang begitu juga sekeluarga. Saya berasakan lokasi yang strategik menyumbang kepada kebanjiran pengunjung.
“Setiap minggu juga, Mara Digital akan mengadakan karnival bagi menarik minat dan perhatian orang ramai,” katanya.
Muhammad Shazmir Hassan |