Mayat Lelaki Lemas Di Pulau Bidan Ditemui Di Pulau Sayak

Gambar Hiasan
ALOR SETAR - Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot nelayan berhampiran Pulau Bidan dan Tanjung Dawai di Yan semalam, ditemui pagi semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Mohd Firdaus Bukari berkata mayat Yamin Mohd Yasin, 23, ditemui pada 7.40 pagi oleh nelayan kira-kira satu batu nautika dari Pulau Sayak. 

"Mayat mangsa telah dibawa ke Tanjung Dawai sebelum diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Yan untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8.50 pagi semalam, Yamim dipercayai lemas selepas terjatuh dari bot di perairan Pulau Bidan ketika dalam perjalanan balik ke arah Tanjung Dawai selepas memancing. - Bernama