PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan membentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 tidak lama lagi supaya lebih realistik dengan keadaan pada tahun 2016.
Berucap dalam perhimpunan khas Kementerian Kewangan di sini pada Jumaat, Perdana Menteri berkata pengubahsuaian itu melibatkan beberapa aspek untuk dilakukan penentukur semula supaya lebih realistik pada 2016.
Beliau berkata ia antara lain akan melibatkan langkah-langkah tambahan penegasan baru mengoptimumkan perbelanjaan, peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan meneruskan perjuangan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.
“Pembentangan ini akan dibuat dalam masa terdekat ini,” katanya.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata bagi menangani cabaran pada 2016, tindakan lebih responsif dan tegas perlu diberi perhatian bukan sahaja oleh Kementerian Kewangan tetapi juga oleh kerajaan, GLC dan juga rakyat keseluruhannya.
“Tahun ini merupakan tahun yang begitu mencabar dan kita perlu menguruskan sumber-sumber dengan cekap dan mencapai tahap optimum.
“Kita perlu bersiap sedia dan memikirkan cara terbaik untuk memastikan keadaan ekonomi kita mampan,” katanya. – BERNAMA