Mohd Najib Kian Pulih Dari Pembedahan Kecil Di HKL Semalam


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kian pulih daripada pembedahan kecil untuk membuang ketumbuhan kecil pada tangan kanannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Dalam mesej tweet hari ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang mendoakan semoga beliau cepat sembuh, Najib berkata: “Saya kian pulih, terima kasih atas ingatan tuan. Jumpa lagi.”

Lee, dalam mesej tweet beliau semalam, mendoakan agar Najib segera sembuh dan gembira apabila mendengar bahawa prosedur itu berjaya dijalankan.

HKL dalam kenyataan semalam berkata Najib menjalani pembedahan sebagai pesakit luar, dan telahpun pulang ke kediamannya. – BERNAMA