Motorsikal Langgar Kereta Rosak Di Pendang, Anggota Tentera Maut


ALOR SETAR - Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang mengalami kerosakan tayar di lorong kecemasan, di kilometer 61.4 Lebuhraya Utara Selatan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang ASP Fadzil Hashim berkata dalam kejadian pada 4.55 petang itu, Koperal Mohammad Isa Norabidin, 36, sedang dalam perjalanan pulang ke kuarters Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani.

Mangsa dikatakan terlanggar bahagian kanan belakang sebuah kereta Toyota Innova yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan tayar, katanya.

"Mangsa alami kecederaan parah di kepala dan mati di tempat kejadian," katanya kepada ketika dihubungi Bernama.

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat. - BERNAMA