Narnia: The Silver Chair Sedang Dalam Pembikinan, Trailer Sudah Siap


BAGI para peminat setia filem Narnia, ini pasti merupakan satu berita yang gembira buat anda semua.

Filem franchise ini khabarnya sedang dalam proses pembikinan filem terbaharu, Narnia The Silver Chair.

Filem diinspirasikan oleh penulis novel terkenal, CS Lewis tersebut mengambil masa hampir 5 tahun menghasilkan sequel seterusnya selepas siri terakhir iaitu Narnia The Voyage of the Dawn Trader dikeluarkan pada 2010.

Memetik dari sumber Metro UK, Produser filem franchise The Chronicles of Narnia, Mark Gordon berkata, pihak produksi berharap agar penghasilan filem ini akan dapat dilakukan dalam tempoh yang cepat.

Dia juga pasti, ramai yang sudah ternanti-nanti siri terbaharu Narnia ini.

Sequel pertama filem ini ialah Narnia The Lion The Witch and The Wardrobe pada tahun 2005, seterusnya adalah Prince Caspian pada tahun 2008 dan The Voyage of the Dawn Trader pada tahun 2010. – Kedahnews.com