Naruto |
SEEKOR monyet yang popular dengan gambar selfienya sendiri, Naruto tidak diberikan hak milik gambar-gambarnya sendiri kerana ia adalah haiwan, bukan manusia yang boleh diberikan hak untuk memiliki foto-foto selfienya sendiri.
Hakim Daerah Amerika Syarikat, William Orrick berkata, Kongres tidak meluluskan undang-undang hak milik kepada haiwan.
Ini bermaksud, monyet berkenaan tidak dapat mengawal hak milik kepada gambar-gambar dan hasil untung daripada penerbitannya.
Keputusan itu diperolehi selepas satu tuntuntan mahkamah yang pertama seumpamanya, yang difailkan oleh Persatuan Layanan Beretika Terhadap Haiwan (PETA).
PETA meminta mahkamah mengarahkan agar ia dibenarkan mewakili monyet itu dan membenarkannya menguruskan semua hasil keuntungan dari gambar-gambar tersebut bagi memberikan manfaat haiwan itu.
Gambar-gambar selfie monyet itu kini menjadi viral berikutan disebarkan oleh banyak pihak di Internet termasuk Wikipedia.
Peguam PETA, Jeff Kerr bagaimanapun, berkata pertubuhan yang diwakilinya itu akan terus memperjuangkan hak asasi monyet terbabit. –Kedahnews.com
Hakim Daerah Amerika Syarikat, William Orrick berkata, Kongres tidak meluluskan undang-undang hak milik kepada haiwan.
Ini bermaksud, monyet berkenaan tidak dapat mengawal hak milik kepada gambar-gambar dan hasil untung daripada penerbitannya.
Keputusan itu diperolehi selepas satu tuntuntan mahkamah yang pertama seumpamanya, yang difailkan oleh Persatuan Layanan Beretika Terhadap Haiwan (PETA).
Naruto, monyet yang pandai mengambil gambar selfie sendiri sehingga terkenal di Internet disebabkan kebolehannya itu. |