Nick Carter BSB Ditahan Polis, Terlibat Bergaduh Dalam Bar

Backstreet Boys 1996
SEBUT sahaja nama kumpulan boy band, Backstreet Boys, pasti penggemar muzik era 1990-an sangat mengenali kumpulan yang hebat ini.

Namun apakah perkembangan terbaharu kesemua ahli kumpulan ini?

Terkini, salah seorang daripada ahli kumpulan Backstreet Boys iaitu Nick Carter, 35; ditahan di Florida, Amerika Syarikat oleh pihak polis atas dakwaan terlibat dalam satu pergaduhan di dalam sebuah bar di sana.

Nick Carter
Punca sebenar kepada pergaduhan yang berlaku di Hog’s Breath Saloon di Key West itu masih disiasat oleh pihak polis.

Memetik dari Daily Mirror, difahamkan bahawa Nick masih lagi berada dalam tahanan di sebuah lokap polis di Florida.

Backstreetboys yang tidak lagi "boys" lagi sekarang
Sementara itu, jejaka yang dahulunya menjadi kegilaan ramai ini dilaporkan sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertamanya dengan isteri, Lauren Kitt.

Apapun, semoga ahli kumpulan Backstreet Boys yang lain tidak terlibat dalam sebarang masalah dan menjalani kehidupan seperti biasa. –Kedahnews.com