Nora Danish Kesal Selalu Jadi Mangsa Keadaan Rumah Tangga Bekas Suami


Pelakon jelita, Nora Danish yang sering dikatakan menjadi punca dalam isu rumah tangga Fasha Sandha baru-baru ini telah mengakui bahawa dirinya adalah mangsa keadaan.

"Saya mangsa keadaan. Tidak sepatutnya saya dilibatkan. Sebabnya tidak ada kena mengena dengan saya.

"Saya memang terkejut apabila isu ini timbul dan membabitkan nama saya pula. Tetapi apa boleh buat. Apa sekali pun tuduhan orang, saya sudah kuat untuk melaluinya," jelasnya kepada sebuah akhbar tempatan.

Menurutnya, dia dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang komen oleh peguamnya mengenai dakwaan dia turut terlibat dalam meretakkan hubungan rumah tangga Fasha Sandha dan suami nya Jejai yang turut merupakan bekas suaminya.

“Walau bagaimanapun, nantikan sahaja apa yang sudah dirancang oleh pihak saya dan ini akan melibatkan saluran undang- undang,” katanya. -Kedahnews.com