PEMILIHAN novel berjudul Pantai Kasih bagi komponen sastera (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan empat dipersoal dan dikritik ramai warga netizen di laman sosial baru-baru ini.
Ini berikutan, orang ramai menyifatkan novel itu tidak sesuai untuk dibaca oleh pelajar kerana mempunyai unsur-unsur lucah.
Antara petikan ayat yang terkandung dalam buku tersebut adalah:
“Bagaikan tidak dapat ditangguhkan lagi, Doktor Sadiz sudah tidak mampu mengawal nafsunya. Raiha telah menjadi mangsa kerakusannya. Tanpa sebarang perencanaan dan tanpa kerelaan Raiha, terlucutlah sel daripada genetik ‘istimewa’ milik Doktor Sadiz ke dalam badan Raiha..
“Doktor Sadiz terus menyeringai dan terus giat menyempurnakan autopsi ataupun bedah siasat ke atas jasad Raiha yang terhimpit dan terlentang di atas lantai lif itu”.
Rata-rata netizen menyifatkan peribadi watak yang ditonjolkan dalam novel ini tidak memberi sebarang contoh atau tauladan yang baik kepada pelajar.
Menurut seorang pengguna Facebook, Faiez Ali, novel ini berkisarkan tugas doktor dan jururawat di sebuah hospital swasta yang melayan datuk, datin dan golongan kaya serta kereta mewah yang dinaiki mereka.
“Dalam cerita ini, ada doktor naik Porsche, ada doktor naik Volvo 960. Ada doktor tinggal di kondominium yang macam hotel. Ada doktor miang suka menggetis dengan jururawat. Ada doktor psycho dan angkuh. Ada doktor yang sakit jiwa dan delusional. Ada doktor bercinta dengan doktor. Ada doktor nak bercinta dengan nurse.
“Entah kenapa la novel macam ini boleh masuk dalam silibus pendidikan kita?.
“Jika ada pun, pengajaran yang berbaloi dipelajari dalam novel Pantai Kasih ini adalah tentang bagaimana manusia jangan bergantung kepada manusia, sebaliknya berserah kepada Tuhan sepenuhnya,” ujarnya.
Selain itu, Faiez turut meluahkan rasa sedihnya terhadap kualiti penulisan Bahasa Melayu pelajar kita pada hari ini.
Status yang dimuat naik Faiez turut menarik perhatian ramai hingga mendapat lebih 840 ‘shares‘. -Kedahnews.com