Nubhan Redha Pemergian Anak Pertama Dalam Kandungan Isteri, Takziah...


Takziah diucapkan kepada penyanyi Nubhan dan isteri, Afifah Hidayah yang terpaksa menerima duka apabila doktor mengesahkan Afifah mengalami keguguran baru-baru ini.

Berita sedih itu dikongsi oleh penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia ini menerusi laman Instagram miliknya, pada Selasa.

“Dear wife… belum rezeki kita lagi… redha dan pasti ada hikmahnya… Inya Allah rezeki lain pasti ada,” tulisnya.

Difahamkan, Afifah mengalami keguguran ketika kandungannya berusia tujuh minggu.

Untuk makluman, Nubhan dan isterinya kini terpaksa tinggal berjauhan buat sementara waktu kerana Afifah sedang menuntut pengajian perubatan di Kaherah, Mesir.

Sementara itu, Nubhan turut mengesahkan berita ini kepada portal Media Hiburan.

“Keguguran ini kemungkinan faktor kurangnya penjagaan kesihatan diri isteri di sana. Kami sekeluarga di Malaysia hanya mampu memberikan moral support dari segi pemberian info tentang perkara-perkara yang harus dia lakukan.

“Isteri juga telah mendapatkan rawatan di hospital sana dan dijaga oleh kawan-kawannya,” jelas Nubhan.

Semoga Nubhan dan isteri tabah mengharungi ujian ini. -Kedahnews.com