Ops Cegah Lumba Haram Keluar 34 Saman Dalam Tempoh 3 Jam

Gambar Hiasan
TAIPING – Polis mengeluarkan 34 saman atas pelbagai kesalahan menerusi operasi cegah lumba haram di kawasan Taman Tasek di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harith Kam Abdullah berkata saman itu dikeluarkan kepada sekumpulan remaja bermotosikal berumur 17 hingga 22 tahun kerana dipercayai mengganggu ketenteraman dan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan taman berkenaan.

“Bertindak atas maklumat dan pemantauan, pihak kami telah menjalankan operasi selama tiga jam bermula pukul 5 petang hingga 8 malam dan menyita 12 buah motosikal kerana pelbagai kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Harith Kam berkata, pihaknya sedang memantau aktiviti remaja bermotosikal terbabit selain mencegah kejadian ragut bermotosikal. – BERNAMA