SELEPAS negara digemparkan dengan kisah ‘penculikan’ adik Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, satu lagi insiden melibatkan kehilangan remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan, kali ini didakwa dilarikan guru silatnya.
Memetik laporan Sinar Harian, pengadu yang juga bapa mangsa Mohd Rizal Johari, 40, berkata dia menyedari ketiadaan Sufi Arifah pada jam 4 pagi, 13 Disember lalu sebelum menemui surat ditinggalkan anaknya itu di bilik tidur.
Menurutnya dia percaya, anak gadisnya bertindak begitu kerana mendapat tekanan daripada jurulatih silat berkenaan, berdasarkan pengakuan seorang lagi lelaki yang bertindak membawa anaknya itu untuk diserahkan kepada lelaki tidak bertanggung jawab itu.
“Lelaki yang bawa Sufi adalah orang kanan jurulatih silat itu dan setelah dipujuk, dia mengakui kehilangan Sufi dirancang kerana mahu menutup kes jenayah yang pernah dibuat terhadap anak saya sebelum ini.
“Sekarang ini kami tidak tahu apa nasib Sufi kerana jurulatih silat berkenaan gagal dihubungi dan dijejaki,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian
Rizal berharap agar anaknya dipulangkan dengan selamat.
Laporan polis sudah pun dibuat di Balai Polis Batu 14, Hulu Langat pada 13 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard mengesahkan kes itu dan pihak polis kini sedang menjejaki suspek bagi membantu siasatan. -Kedahnews.com