Orang Lain Ternak Kambing, Tapi Dia Pula Gemar Ternak Lipas...


Selalunya, kita dengar tentang aktiviti manusia menternak haiwan ternakan seperti kambing, ayam, lembu, kerbau dan sebagainya.

Memelihara haiwan merupakan salah satu hobi biasa bagi kebanyakan masyarakat di negara kita. Ada yang memilih untuk membela kucing, anjing, burung, ikan dan banyak lagi.

Haiwan-haiwan peliharaan tersebut merupakan haiwan yang biasa jadi pilihan pencinta haiwan di seluruh dunia.

Namun, bagaimana pula jika ada yang memilih untuk bela lipas sebagai binatang peliharaan?Pasti ianya pelik bagi kita semua, namun itulah yang dilakukan seorang wanita di Jepun.

Memilih untuk tidak menayangkan wajahnya yang sebenar di laman Instagram, akaun vixixvii selalu meletakkan gambar-gambar lipas peliharaannya beserta kapsyen yang comel.

Lebih menarik, wanita ini bukan setakat membela lipas sebagai bintang pelihara, dia juga memilih untuk memelihara labah-labah, ular dan tikus putih. Di laman Instagramnya juga, vixixvii banyak berkongsi mengenai haiwan-haiwan jenis serangga ini.

Dia pernah menulis yang dia begitu meminati subjek biologi dan baginya, haiwan-haiwan ini mempunyai nilai kecantikan luar biasa jika dibandingkan dengan haiwan-haiwan yang lain.

Jadi, kepada sesiapa mempunyai hobi sama dengan wanita ini, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan memiliki minat aneh seperti itu.

Teruskan hobi anda selagi ianya tidak mengganggu hidup sesiapa. –Kedahnews.com