SRI AMAN - Jalan baru yang menggantikan Jalan Skait Sri Aman dijangka akan siap dalam tempoh 6 bulan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Peri.
Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan ke tapak jalan baru di Gran Stumbin, kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan ke tapak jalan baru di Gran Stumbin, kelmarin.
Lawatan tersebut turut disertai Cassidy Morris, Jurutera JKR Sri Aman, wakil CMS, ketua jabatan, ketua kaum dan tuai rumah yang berdekatan.
"Jalan baru ini dibina untuk menggantikan Jalan Skait Sri Aman yang terhakis teruk dan mengundang bahaya kepada penduduk," katanya
"Kerja-kerja pembinaan jalan baru ini akan dimulakan pada minggu hadapan dan dijangka siap dalam tempoh 6 bulan,"ujarnya
Jelas Simoi jalan ini berturap sepanjang 2.2 km dan lebarnya 7 meter yang merupakan sebahagian daripada jalan negeri yang telah diluluskan peruntukannya oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebanyak RM5 juta.
"Kontraktor yang telah dipertanggungjawabkan ini telahpun dilantik melalui proses tender dan saya mengharapkan pembinaannya mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan seperti mana dalam perjanjian pembinaan dan dokumen tender," katanya - Kedahnews.com