Paderi Digantung Kerja, Gunakan "Hoverboard" Ketika Bertugas Di Gereja


Jualan peranti pergerakan elektronik “hands-free Segway” tiba-tiba mejadi popular di seluruh dunia dan mengalami peningkatan mendadak pada tahun ini.

Alat peluncur beroda ini popular dalam kalangan anak muda yang mahukan peluncur unik dan tidak memerlukan banyak tenaga untuk digunakan.

Namun, sejak akhir-akhir ini timbul desas desus bahawa alat peluncur mudah meletup sekiranya menggunakan bateri berkualiti rendah.

Ini membuatkan beberapa syarikat penerbangan mengharamkannya dibawa masuk ke dalam pesawat.


Terbaru, berita mengenai alat ini tambah sensasi apabila seorang paderi Katolik di Filipina digantung perkhidmatannya kerana menggunakan peluncur beroda ketika melakukan tugasan di gereja.

Beliau menggunakan peranti tersebut ketika melakukan tugasnya hujung minggu lalu.

Lembaga pengurusan Roman Katolik, Keuskupan San Pablo mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan menggunakan peluncur ketika bertugas adalah tidak menghormati etika ‘kesucian’ gereja.

Seorang paderi sepatutnya menjalankan tugas dengan ikhlas dan bukannya menggunakan papan apung yang dirasakan mengganggu tumpuan orang ramai ketika beribadah, ujar beliau.


Apa yang berlaku di Filipina ini agak menarik kerana hukum penggunaannya di dalam acara agama berbeza dengan Islam.

Beberapa bulan yang lalu muncul video seorang lelaki melakukan tawaf menggunakan alat yang sama.

Para ulama tidak naik berang sebaliknya mengeluarkan fatwa ianya harus digunakan sekiranya individu tersebut kurang upaya untuk melakukan tawaf dengan tenaga sendiri. –Kedahnews.com