Pakai Skirt Jarang Bertulisan Arab, Agnes Monica Teruk Dihentam

Agnes Monica
Penyanyi popular Indonesia bertaraf antarabangsa, Agnes Monica teruk dikritik gara-gara memakai skirt jarang yang memaparkan tulisan Arab ketika menjayakan Konser Raya 21 Indosiar baru-baru ini.

Agnes yang terkenal dengan lagu Tak Ada Logika tampil dengan memakai skirt jarang bertulis perkataan ‘muttahidah‘ yang bermaksud ‘bersatu’.


Boleh dikatakan majoriti warga netizen di Indonesia menyelar pakaian yang digayakan Agnes pada konsert sempena ulang tahun stesen penyiaran tempatan tersebut.

Menurut penaja busana Agnes, KTZ memberikan penjelasan bahawa perkataan itu tidak ada kaitan dengan mana-mana ayat Al-Quran.

Malah Majlis Ulama Indonesia (MUI) dalam kenyataan mengenai isu berkenaan turut memberikan kenyataan bahawa kalimah tersebut bukan satu penghinaan terhadap Islam.

“Tiada unsur penghinaan, kalau ada ayat Al-Quran baru saya tidak setuju,” ulas Ketua Suruhanjaya Dakwah MUI Pusat, Cholil Nafiz. –Kedahnews.com