Pakatan Rakyat Paling "Gelap", Tapi Amanah Datang Bawa "Cahaya" - DAP

Penasihat DAP, Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) disifatkan sebagai "hero" yang menyelamatkan gabungan antara parti pembangkang Pakatan Rakyat yang sebelum ini terpaksa dikuburkan DAP pada tahun lalu akibat PAS.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, pembubaran Pakatan Rakyat merupakan saat paling "gelap" kerana harapan rakyat untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak kesampaian.

“Kerajaan BN dan UMNO merupakan satu bencana dan liabiliti kepada negara. Namun pembentukan Amanah dan seterusnya membentuk Pakatan Harapan bersama-sama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyelamatkan keadaan ,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Pakatan Rakyat berkubur akibat pertikaian diantara DAP dengan PAS dan PKR berhubung cadangan melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Cadangan PAS dibantah PKR dan DAP menyebabkan PAS memutuskan hubungan dengan DAP tetapi meneruskan kerjasama dengan PKR bagi menjaga kerajaan Selangor.

Kit Siang dalam pada itu menegaskan, Pakatan Harapan perlu memastikan Perak kembali diperintah oleh pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau bagaimanapun mengakui usaha itu tidak mudah kerana UMNO mengutarakan tentang kepentingan Islam dan Melayu sebagai kempen politik. –Kedahnews.com