Leicestershire - Sebuah pasu yang selama ini dijadikan barang perhiasan di sebuah rumah di sini dijual pada harga RM2.3 juta selepas didapati ia dibuat untuk seorang maharaja China.
Nilai pasu setinggi 30.5 sentimeter itu diketahui selepas pemiliknya meninggal dunia dan jurulelong dipanggil untuk menilai harta peninggalannya.
Mereka menyedari pasu yang disimpan di atas pendiangan di rumah di Leicestershire itu memiliki tanda mohor enam karektor, menunjukkan ia dibuat untuk Maharaja Qianlong antara 1736 dan 1795.
Ia dinilaikan pada RM190,000 tetapi dijual pada harga RM1.9 juta, tidak termasuk cukai dan yuran berjumlah RM400,000.
Jurulelong dari Hansons di Derbyshire, Adrian Rathbone berkata: “Pasu itu sudah bertahun-tahun terletak di atas pendiangan. Ia sudah pasti dilihat setiap hari oleh mereka yang berada di rumah itu. Tetapi mereka tidak tahu menilainya.
"Masyarakat Cina memang berminat membeli semula warisan mereka. Dan yang membeli pasu ini juga dari China."
Pasu itu dihiasi dengan tujuh simbol yang didakwa boleh membawa nasib yang baik kepada pemiliknya. - Agensi