Pelakon Jelita Dilwale Bengang Orang Tengok Dilwale Cetak Rompak

Kristi Sanon
Pelakon filem Dilwale, Kristi Sanon melahirkan perasaan kecewa dan marahnya dengan tindakan seorang penumpang pesawat yang sama dengannya secara terang-terangan telah menonton video Dilwale yang dicetak rompak menerusi telefon bimbitnya yang dipancarkan terus ke projektor.

Bengang dengan situasi itu, Kristi yang melakonkan watak Ishika lantas memuat naik gambar individu tersebut yang langsung tidak menyedari pelakon filem yang sedang ditontonnya itu duduk berdekatan dengannya.

Filem Dilwale mencipta fenomenanya yang tersendiri apabila kembali menggabungkan raja dan ratu filem Bollywood, Shah Rukh Khan dan Kajol dalam satu filem yang sama.

Dilwale mula ditayangkan serentak di India, Malaysia, Emiriah Arab Bersatu dan Pakistan pada 18 Disember lalu. –Kedahnews.com