DI MANA silap dan siapa yang sebenarnya jadi dalang melakukan kesalahan jenayah ini menjadi tanda tanya.
Persoalan itu mengundang kebingungan bukan sahaja kepada pemilik kenderaan, malah jadi perhatian orang ramai yang mempersoalkan mengapa nombor pendaftaran kenderaan sama boleh berlaku.
Itulah yang difikirkan Steeven Sinniah yang tertanya-tanya, bagaimana nombor pendaftaran WWB 559 yang didaftarkan pada kereta jenis Honda Odyssey miliknya dikongsi bersama ‘kembar’ lain.
Menerusi laman Facebooknya, Steeven menceritakan kembali detik pertemuan dengan ‘kembar’ keretanya itu ketika berada di Jalan Jelatek, Isnin lalu.
“The driver was having fun and laughter with his wife and a kid <5yr old.. Saw me honking and staring he tried to speed off.. (Pemandu kereta bergelak ketawa bersama isteri dan anaknya sambil memandang saya.. bila saya hon dan pandang dia mula memecut kenderaannya mahu lari),” tulis Steeven.
Steeven berkata dia mengejar kenderaan terbabit kira-kira 400 meter sebelum menemui semula MPV klon itu di Stesen LRT Datuk Keramat.
Menurut Steven kereta itu mempunyai warna serta nombor pendaftaran yang sama dengan keretanya.
Tambah Steven lagi, dia pernah menerima saman di sekitar Kuala Muda, Kedah serta saman dari Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
“Saya tidak pernah melalui jalan di Kuala Muda. Saya hairan dan rupa-rupanya ia angkara MPV klon itu,” katanya.
Steven berkata dia telah membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Damansara sebelum memuat naik gambar itu di Facebook sehingga menjadi viral.
Menurut maklumat terkini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi jaminan akan menyiasat aduan pengadu.
“Pemeriksaan akan dilakukan terhadap MPV klon itu di Pusat Pemeriksaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi menentukan sama ada nombor enjin kenderaan didaftarkan mengikut nombor pendaftaran MPV itu.
“Jika terdapat kesan nombor enjin cuba diubahsuai seperti dikikis maka kenderaan itu boleh disenarai hitamkan,” katanya. –Kedahnews.com