Cadangan penganalisis ekonomi, Jomo Kuwame Sundram supaya Malaysia mengkaji mengapa Filipina dan Thailand tidak mahu menyertai Perjanjian Perkongsiap Trans-Pasific (TPPA) sangat melucukan dan mengelirukan.
Jomo KS melontarkan soalan mengapa Malaysia begitu berminat untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sedangkan negara-negara seperti Thailand dan Filipina memilih untuk menjauhkan diri.
“Mengapa Thailand tidak berminat? Mengapa Filipina yang begitu rapat dengan Amerika Syarikat, tidak berminat? Adakah terdapat begitu banyak manfaat yang Filipina dan Thailand tidak nampak?” soalnya.
Sebagai penganalisis ekonomi yang diketahui anti kerajaan Barisan Nasional, Jomo tidak harus mengelirukan rakyat dengan analisa dan pandangan yang palsu kerana realitinya Filipina, Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Taiwan turut menyatakan minat untuk menyertainya.
Namun negara-negara ini perlu menunggu 12 buah negara asal termasuk Malaysia menyelesaikan perjanjian ini. Pembabitan awal Malaysia telah membolehkan negara ini mengadakan rundingan terhadap terma-terma dalam TPPA bagi menjaga kepentingan negara. Negara-negara yang akan menyertai selepas perkongsian ini dimuktamadkan tidak akan mempunyai apa-apa kuasa rundingan kecuali mengikut persetujuan sedia ada.
Kenyataan Malaysia perlu mengkaji mengapa Filipina dan Thailand tidak mahu menyertai perkongsian ekonomi ini satu pembohongan sama sekali.
Pada Oktober 2015, Presiden Filipina Benigno Aquino dengan jelas menyatakan Filipina mahu menyertai TPPA kerana ia merupakan peluang perdagangan yang besar.
Bercakap dalamForum Perniagaan majalah Forbes tahun lalu, Aquino menyatakan “We really want to participate in it.” Aquino told a business forum organized by Forbes magazine.
Bagaimanapun Filipina perlu menunggu kerana mereka hanya diundang menyertai Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) ini untuk pusingan kedua setelah 12 negara pengasas ini menyelesaikan perjanjian.
Thailand juga telah menyatakan hasrat untuk menyertai TPPA ini. Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somkid Jatusripitak, pada November lalu dengan jelas menyatakan negara tersebut sangat berminat menyertai TPPA. “Thailand is highly interested in joining TPP”
Malah untuk pengetahuan Jomo, Indonesia juga menyatakan hasrat untuk untuk menyertai TPP ini kerana menyedari peluang pertumbuhan ekonomi yang sangat besar. Presiden Indonesia, Joko Widodo menyatakan hasrat tersebut kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, keperluan untuk Indonesia turut serta.
Isu Perkongsian Trans-Pasifik bukan lagi sama ada mahu sertai atau tidak. Jika ia diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat, sukar untuk Malaysia tidak menyertai atau menolaknya kerana kita akan ketinggalan dan hilang antara pasaran eksport utama kita.
Masalah Malaysia lebih serius sekiranya Malaysia tidak menyertai tetapi sebahagian negara Asean yang mempunyai pasaran besar seperti Indonesia, Filipina dan Thailand menyertainya kemudian.
TPP pasti akan memberi beberapa kesan negatif kepada negara. Namun jika ia berjaya dilaksanakan dengan penyertaan sebahagian besar pasaran Asean tanpa Malaysia, kita akan berhadapan masalah lebih besar. Kita akan kehilangan pelaburan asing dan sebahagian pasaran eksport negara yang sekaligus akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan mengakibatkan pengangguran.
Malaysia sebenarnya bertindak bijak apabila berada dalam kelompok terawal membolehkan kita melakukan rundingan menjaga kepentingan kita dalam penentuan terma-terma perjanjian.
Sumber: myKMU.net