Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah |
PUTRAJAYA – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah semalam menyangkal laporan, portal berita Malaysiakini, kononnya beliau akan melawat Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah.
Mengulas mengenai sidang media sulungnya sebagai Pengerusi SPR di Putrajaya hari ini, beliau berkata kenyataannya dalam sidang media itu adalah berkaitan hasratnya untuk mengadakan lawatan dan kunjungan hormat ke atas agensi-agensi media dan pihak berkaitan termasuk badan bukan kerajaan (NGO).
“Kenyataan saya bersifat umum dan tidak ditujukan khusus kepada Bersih, seperti mana yang telah dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Justeru katanya beliau berharap semua pihak tidak menyalah tafsir kenyataan itu. – BERNAMA