Peniaga VAPE Di Terengganu Diberi Tempoh 6 Bulan Habiskan Stok

Gambar Hiasan
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri bersetuju untuk memberi tempoh selama enam bulan bagi membolehkan peniaga vape menghabiskan stok sebelum tindakan peguatkuasaan dilaksanakan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri membuat keputusan itu selepas mengadakan pertemuan dengan 40 peniaga vape negeri itu di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri juga akan membantu peniaga terbabit untuk mereka mengubahkan perniagaan masing-masing.

“Berikutan itu, kerajaan negeri merancang untuk mewujudkan sebuah Digital Mall dan akan memberi keutamaan kepada mereka itu untuk menjalankan perniagaan baru dalam masa terdekat.

“Peniaga vape akur dengan keputusan kerajaan negeri dan mereka juga menyambut baik usaha untuk membantunya,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan pertemuan itu. 

Sumber: myMetro