Gambar Hiasan |
BALING - Kegagalan menaikkan harga getah ke paras selesa untuk rakyat menggambarkan pihak bertanggungjawab gagal membantu nasib penoreh.
Pengerusi Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah Negeri Kedah (Pergetah), Mohd Taufik Yaacob berkata, pihak bertanggungjawab seolah-olah sengaja mengabaikan nasib penoreh biarpun mampu untuk melakukan sesuatu.
Menurutnya, kejatuhan harga getah boleh dipulihkan dengan campur tangan kerajaan, namun sehingga hari ini pihak berkaitan sekadar melaksanakan mekanisme yang tidak masuk akal.
“Mekanisme dilakukan tidak berfaedah kepada penoreh, contohnya apa yang dilakukan ialah dengan pemberian baja penggalak susu dan kursus cara menoreh yang betul. Semua ini hanya menguntungkan kontraktor bukannya rakyat," katanya.
Mohd Taufik berkata, mekanisme pelaksanaan kaedah Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu di mana bayaran harga getah dibuat berdasarkan 30 sen juga terbukti tidak relevan.
"Jika nak buat apa-apa mekanisme, ia perlu dibuat sebelum kejatuhan harga getah lagi, bukan ketika ekonomi gawat seperti sekarang,” katanya.
Dalam masa sama, Mohd Taufik juga melahirkan rasa kecewa kepada pihak berkaitan kerana tuntutan pihaknya dengan menghantar memorandum berkaitan cadangan membantu nasib penoreh masih belum dilayan.
“Pergetah mengikut saluran undang-undang yang betul. Cadangan membantu penoreh kita sudah bawa ke pelbagai peringkat sehingga akhirnya ke Perdana Menteri sejak Disember lalu, tapi masih belum ada apa-apa jawapan.
“Saya juga kecewa dengan dengan ahli-ahli parlimen di seluruh negara. Sehingga hari ini masih mereka juga tidak serius membawa suara penoreh ke dalam parlimen,” katanya.
Sumber: Sinar Harian