Antara PATI yang dicekup Imigresen Kedah, pagi semalam |
ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 18 pendatang asing tanpa izin (Pati) pelbagai warganegara di sekitar Alor Setar, awal pagi tadi.
Pengarahnya, Mohamad Yusri Hashim berkata dalam operasi itu yang bermula pada jam 2 pagi, pemeriksaan dibuat di tiga premis sewa di Alor Setar.
"Pemeriksaan dijalankan di Jalan Pintu Sepuluh dan Jalan Putra. Hasilnya, seramai 18 PATI terdiri daripada sembilan warga Bangladesh, Indonesia (6), Pakistan (2) dan seorang warga Myanmar, berumur 22 hingga 48 tahun ditahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah.
Mohamad Yusri berkata, kesemua PATI dibawa di lokap Imigresen di Bangunan Kementerian Dalam Negeri di sini untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Belantik di Sik. - Bernama