KUCHING: Sarawak dijangka mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) pada 19 Mac ini, sekali gus menepati bayangan tempoh tiga bulan yang diumumkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pada malam Sambutan Ambang Tahun Baharu 2016, Khamis lalu.
Bagi Pensyarah Kanan Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir, pemilihan 'tarikh keramat' itu bersesuaian atas beberapa faktor, termasuk ketika musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu, yang tentunya memberi peluang lebih besar kepada rakyat negeri ini untuk keluar menunaikan hak mereka.
"Pada tarikh sama juga, keadaan cuaca di negeri ini agak baik dan tidak lagi bergelut dengan isu banjir. Perlu diingat, untuk mengadakan pilihan raya, faktor cuaca juga perlu diambil kira bagi mengelak sebarang kesulitan, khususnya kepada pemilih untuk keluar mengundi," katanya kepada BH di sini, kelmarin.
Adenan ketika berucap di hadapan lebih 15,000 tetamu jemputan dan penduduk setempat yang menghadiri Sambutan Ambang Tahun Baharu 2016 membayangkan PRN11 dijangka diadakan dalam tempoh tiga bulan.
Jeniri berkata, sepanjang pengalamannya menganalisis situasi politik Bumi Kenyalang, sebahagian besar pilihan raya negeri yang diadakan sebelum ini berlangsung antara Mac hingga Mei.
"Kemungkinan waktu itu juga sesuai kerana selepas berlangsungnya sambutan Tahun Baharu Cina. Tempoh perayaan itu amat sesuai digunakan bagi mengalihkan sokongan masyarakat itu kepada BN.
"Kesempatan ini juga boleh dimanfaatkan bagi mengunjungi pelbagai majlis atau acara berkaitan, terutama membabitkan tokoh politik, pemimpin masyarakat, ketua kaum dan rakyat biasa berketurunan Cina," katanya.
Penganjuran Program Sejiwa Senada di enam lokasi di seluruh negeri, dengan majlis pelancarannya bakal disempurnakan oleh Adenan di Padang Bandaraya Miri, 8 Januari ini, juga disifatkan sebagai isyarat jelas pilihan raya negeri semakin hampir.
Selepas Miri, program berkenaan dijadualkan berlangsung di Dataran Sibu (15 hingga 17 Januari), Tempat Letak Kereta Pasar Lama Mukah (12 hingga 14 Februari), Tempat Letak Kereta Pasar Saratok (12 hingga 14 Februari), Stadium Sarikei (19 hingga 21 Februari) dan berakhir di Dewan Suarah Kapit (4 hingga 6 Mac).
Jeniri berkata, tempoh itu sebagai 'sangat matang' untuk Adenan, begitu juga jentera pilihan raya BN Sarawak untuk meraih sokongan rakyat pada peringkat akar umbi.
"Ini bersandarkan kepada hasil kajian saya, dengan tahap sokongan terhadap beliau (merujuk kepada graf politik) mencecah 84 peratus sehingga Oktober lalu, sekali gus membuktikan konsep kepemimpinannya yang 'bersederhana tetapi tegas' dalam memperjuangkan hak dan kepentingan negeri ini diterima baik oleh rakyat.
"Jika PRN11 diadakan lewat dari tempoh ini, kita bimbang sekiranya berlaku situasi 'anti-klimaks' yang boleh memberi risiko terhadap segala usaha Tan Sri (Adenan untuk mempersiakan asas kukuh bagi BN Sarawak menghadapi pilihan raya kali ini," katanya.
Sumber: UB