Azlieza Azizan |
MELAKA - Pergerakan Puteri UMNO Melaka berjaya mendaftarkan lebih 3,000 pengundi baharu tahun lepas dan menyasarkan lebih banyak akan didaftarkan tahun ini, kata Ketuanya Azlieza Azizan.
Sehubungan itu, Azlieza berkata pergerakan itu sedang giat berusaha meningkatkan pendaftaran pengundi baharu di Melaka dengan pengisian pelbagai program yang bakal dilaksanakan.
"Kami laksanakan usaha ini melalui pegawai seranta yang dilantik di seluruh negeri. Borang-borang keanggotaan baharu itu kami serahkan kepada pegawai seranta.
"Sasaran seorang pegawai seranta adalah seramai 100 orang dan kami ada 38 pegawai seranta di negeri ini," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Azlieza berkata usaha itu juga sebagai sokongan kepada saranan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka bagi meningkatkan bilangan pengundi di negeri itu. - BERNAMA