Raja Farah |
Raja Farah mengesahkan dirinya hamil dua bulan dan perkara ini disahkan seminggu selepas dia dan suami, Iskandar Ismail pulang dari Tanah Suci mengerjakan umrah pada bulan Disember tahun lalu.
"Alhamdulillah kerana akhirnya keinginan untuk menjadi ibu dimakbulkan Allah. Saya hanya mengetahui diri saya hamil apabila membuat pemeriksaan pada 5 Januari lalu.
"Berita ini cukup menggembirakan saya dan suami kerana setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan cahaya mata.
"Diikutkan saya tidak pernah merancang apatah lagi mengharap kerana bimbang nanti diri akan kecewa. Saya sering memujuk diri mungkin masa untuk hamil belum tiba," jelasnya.
Menurut Raja Farah, dia sebenarnya sebelum ini sangsi sama ada akan mengandung lagi atau tidak selepas mendirikan rumahtangganya yang baru ini, namun rezeki terbaik dari Allah itu melenyapkan perasaan tersebut.
"Pernah juga terdetik di hati, apakah saya tidak mungkin mengandung tetapi berita ini melenyapkan semua perasaan sangsi itu.
“Sukar digambarkan dengan perkataan kerana selama ini, saya memang berharap untuk segera menjadi ibu. Bagaimanapun, sebelum melaluinya saya diuji dengan pelbagai dugaan namun Allah itu adil.
“Penantian panjang saya itu berakhir apabila disahkan hamil,” katanya. -Kedahnews.com
"Alhamdulillah kerana akhirnya keinginan untuk menjadi ibu dimakbulkan Allah. Saya hanya mengetahui diri saya hamil apabila membuat pemeriksaan pada 5 Januari lalu.
"Berita ini cukup menggembirakan saya dan suami kerana setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan cahaya mata.
"Diikutkan saya tidak pernah merancang apatah lagi mengharap kerana bimbang nanti diri akan kecewa. Saya sering memujuk diri mungkin masa untuk hamil belum tiba," jelasnya.
Raja Farah dan suami, Iskandar Ismail |