PELAKON, pengacara dan ahli perniagaan Fizo Omar yang sebelum ini dilaporkan berang apabila restoran miliknya, Fizomawar Kitchen yang baru tiga minggu beroperasi telah dikritik teruk oleh seorang blogger akhirnya tampil memohon maaf.
Antara kritikan yang diterima ialah perkhidmatan di restoran berkenaan lembap dan harga tidak berpatutan.
Menurut pengacara program Nasi Lemak Kopi O di stesen TV9 ini, perkara tersebut akan dijadikan pengajaran dalam meningkatkan mutu perkhidmatan restoran itu kelak.
“Sekiranya apa yang dimuat naik dan disebarkan itu berlaku, saya wajar bertanggungjawab. Justeru, saya tidak menyalahkan teguran dan kritikan mereka. Malah, saya beruntung kerana masih ada individu yang sudi mengambil berat.
“Dalam keadaan itu, apa saja boleh berlaku dan ada pelanggan yang terpaksa beratur. Justeru, dengan rasa rendah diri saya mohon maaf jika ada yang terpaksa menunggu lama.
“Saya anggap tindakan mereka menulis di laman sosial dan membuat ulasan di blog itu adalah cara terbaik. Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, sudah tentu saya tidak tahu kelemahan perniagaan saya.
“Tambahan pula, sebelum ini saya jarang berada di restoran atas utusan kerja lain. Alhamdulillah, selepas beberapa insiden, banyak perkara sudah diperbetul dan dipertingkatkan. Satu daripadanya memberi teguran kepada pekerja terbabit,” katanya.
Sementara itu, Fizo turut meluahkan rasa syukur apabila restoran miliknya semakin mendapat sambutan. –Kedahnews.com